Posts

JMJ

JENDELA MENGHADAP JALAN (analisis & kajian) Tema Tema novel ini kecekalan seorang gadis remaja dalam menempuh pelbagai cabaran dan rintangan. 1. Lili menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri semasa berada di kampung datuknya, iaitu Kampung Sentosa. Namun demikian, Lili berjaya menangani masalah tersebut dengan jiwa yang cekal. 2. Lili juga cekal berusaha untuk menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dihadapi oleh jiran datuknya, Che Jah yang selalu dipukul dan dicemuh oleh suaminya, Seman. Akhirnya Seman berjaya ditangkap dan akan didakwa di mahkamah atas perbuatan kejamnya. 3. Lili cekal menghadapi dugaaan semasa dirinya dikurung dan diikat oleh Rafiq serta Haziq di sebuah pondok buruk yang terletak di dalam hutan  Kampung Sentosa. Persoalan 1.  Persoalan Masalah Kepincangan Rumah Tangga  seperti yang dihadapi oleh Che Jah dengan suaminya, Seman yang selalu memukul anak-anak serta menderanya. Seman suami Che Jah seorang yang suka berjudi, berhutang dan